Saturday, March 26, 2011

andai lelaki tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya..
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya,
kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, February 8, 2011

ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah...
Ya Tuhanku..yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup..ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku...
Bawalah die jauh dr pandanganku...
Luputkanlah dia dr ingatanku...
Dan peliharalah aku dr kekecewaan...

Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh kedada langit..
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya....

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah engkau biarkan aku sendirian...
Didunia ini mahupun akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan...
dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama sama dapat...
membina kesejahteraan hidup...
Kejalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan
solehah...

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dr azab api neraka...

Amin...amin ..Ya rabbal'aalamin...

Sunday, August 8, 2010

coretan Seorang suami..

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Sunday, July 18, 2010

Meninggal ketika baca khutbah jumaat

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu l ain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ram ain ya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur . Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan l ain yang boleh
diucapkan selepas itu mel ain kan, “Innalillahi w ain na Ilaihi roojiuun…” .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.
Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan…
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik k ain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah l ain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M…
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya
Allah……. ……”
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam l ain , agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan l ain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua’lam.
“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
[101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.
SEBARKAN PADA YANG LAIN…..

Saturday, July 17, 2010

emosi serapuh kaca?

emosi kita ni macam kaca..senang pecah begitu rapuh!
oleh kerana kaca tu senang pecah,jadi kena jaga selalu,terutama semasa travel,barang yang di perbuat dari kaca kena di jaga rapi.dibungkus dan diletakkan di tempat tinggi supaya tidak mudah pecah sebab terhentak atau tertindih barang lain.
begitu juga dengan emosi kita.perlu bijak menjaganya.Barang-barang kaca ni kalo kita pandai menjaganya akan jadi makin cantik dan kekal cantik selama berada dalam jagaan kita.begitu juga emosi,perlu digilap selalu.
erm.. mcm mn nak jg emosi??
antara teknik nya banyakkan beristghfar memohon keampunan dari Yang Maha Esa atas kesalahan yang pernah kita lakukan sama ada tak sengaja..kalo sengaja apatah lagi.pastu memberi kemaafan pada sesiapa jua..seperti pesan dato' fadilah kamsah adalah lebih baik sebelum tido maafkan semua orang.selain itu, sentiasa melahirkan rasa syukur atas apa jua..terutama kesempatan yang telah diberikan oleh Allah kepada kita saat ini masih mampu lagi bernafas dan masih berkesempatan untuk menikmati semuanya rahmat dari Nya.

Thursday, July 15, 2010

WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti siti khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya di perjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama..

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aisyah?
isteri rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah siti fatimah
akur dalam setiap perintah
taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

ketika aku marah
ingin ku titip serpihan sabar
dari catatan hidup siti sarah

tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail
mengendong bayinya yang masih merah
mencari air penhilang dahaga
di terik padang pasir
pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita siti hajar

mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan islam
bersinar indah harum tersebar

bagai wanginya pusara masyitah..

KISAH KU

Dengarkan kisahku..
Dengarkan..tetapi jangan menaruh belas kasihan padaku,
kerana belas kasihan itu akan menyebabkan aku lemah,
sedangkan aku masih tegar dalam penderitaanku.

Jika kita menyintai,
cinta itu bukan dari diri kita,
juga bukan untuk diri kita.

Jika kita bergenbira,
kegembiraan kita bukan berada dalam diri kita,
tapi dalam hidup itu sendiri,

Jika kita menderita,
kesakitan bukan terletak pada luka kita,
tapi pada hati yang merasai.

Jangan lah menganggap cinta itu akan datang
hanya kerana pergaulan yang lama
ataupun rayuan yang terus menerus,,
kerana cinta adalah tunas pesona jiwa,
jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat,
ia takkan tercipta untuk betahun atau ke generasi.